Sunday, September 19, 2010

Masihkah aku?

Sedang aku meniti hari-hari dalam hidup, aku kekal berpendirian bahawa aku hidup, ditentukan oleh diri sendiri. Benar, takdir ditentukan Tuhan. Tapi Tuhan tidak pernah menzalimi hambanya dengan takdir yang hambanya sendiri yang mencorakkannya. Berbalik kepada aku, entah kenapa sejak akhir-akhir ini aku tersasar lagi. Untuk kali keberapa, aku sendiri tak pasti. Jiwa lemah. Aku memilih untuk menyimpulkannya begitu. Tapi mungkin lebih tepat, sedih dan kecewa yang berbaur, membuat aku jadi begitu.